10 Dinosaurus Bertanduk Paling Spektakuler

Dinosaur merupakan haiwan pra sejarah yang sangat popular. Para Ilmuwan menganggarkan berjuta-juta tahun yang lalu Bumi ni dipenuhi oleh haiwan – haiwan raksasa yang luar biasa. Namun, punah dan punah, dengan pelbagai teori, ada yang mengatakan kerana adanya meteor raksasa yang melanggar bumi dan memusnahkan dinosaur itu.

Dari pelbagai jenis fosil dinosaur, ada satu spesies dinosaur yang sangat hebat dan terkenal, iaitu ceratopsoans, Dinosaurus bertanduk. Salah satu jenisnya adalahTriceratops, Dinosaurus bertanduk yang paling terkenal kerana sering muncul dipelbagai filem dinosaur.

Berikut ini ada 10 Jenis Dinosaurus bertanduk yang sangat luar biasa!! Check It Out!!

1. Kosmoceratops

Salah satu dinosaur yang terkini ditemui fosilnya ini kami tempatkan pada urutan pertama. Kerana Kosmoceratops ini mempunyai sekurang-kurangnya 13 tanduk dikepalanya.!! (15 jika menghitung tanduk pada rahangnya.). Saintis menamakannya”Dinosaur paling cantik” kerana hiasannya yang sangat banyak,. Tanduk – tanduk yang ada di bahagian depan wajahnya adalah tanduk yang tidak kelihatan untuk menyerang,tapi lebih digunakan untuk menakutkan pemangsa dan saingannya. Dinosaur inidiperkirakan hidup di Amerika Utara, fosilnya ditemui di Utah, negeri di Amerika barat.

2. Coahuilaceratops

Coahuilaceratops magnacerna sangat mirip dengan Pentaceratops, jenis Dinosaurus yang paling terkenal yang telah disebutkan di pendahuluan di atas. Fosil dinosaur ini ditemui di utara Mexico, Coahuila. Dia memiliki sebuah tanduk di atas hidungnya, dan sepasang tanduk di bahagian atas yang merupakan tanduk terbesar diantara dinosaur bertanduk yang lain. Panjangnya kira – kira 1.5 meter. Nama sebutannya (magnacuernahorns bererti tanduk besar). Walaupun ada yang menganggarkan beratnya hingga 12tons (2 kali berat T-rex), namun sebenarnya beratnya hanya sekitar 5 tan, seukurangajah dengan panjang 7 meter. Hal ini dijelaskan pada tahun 2010 ini, yang merupakan salah satu tambahan keterangan tentang ceratopsian ini.

3. Rubeosaurus

 

Rubeosaurus dulunya dimasukkan dalam spesies Styracosaurus. Ukuran tanduk pada rumbainya lebih kecil dariStyracosaurus, tetapi tanduk di hidungnya sangat besar,sehingga sangat pantas disebut sebagai senjata yang sangat berbahaya. Tidak seperti tanduk pada Badak, yang secara keseluruhan diperbuat dari keratin (protein penyusun rambut dan kuku), Rubeosaurus, dan kebanyakan ceratopsians, tersusun atas sel tulang penuh, yang dilapisi oleh keratin. Keratin biasanya tidak boleh menjadi fosil, sehinggadiperkirakan tanduk ceratopsians ini lebih panjang dan tajam pada saat dia masih hidup dari pada fosil nya yang telah ditemui. Malangnya, tanpa lapisan keratin yang tinggal, tidak mungkin ukuran sebenarnya boleh dianggarkan. Bahagian tanduk unik dari Rubeosaurus ini adalah tanduk yang ada di bahagian atas rumbainya. Terdapat sepasang tanduk yang saling bertemu, sehingga membentuk segi tiga.

4. Diabloceratops

 

Diabloceratops bererti “wajah syaitan bertanduk”. Fosilnya ditemui di Utah. Dinosaur ini mempunyai tanduk pada hidung yang kecil., Tetapi tanduk pada keningnya sangat besar, dan tanduk yang ada di rumbainya jauh lebih besar lagi.

Keempat tandunya itu, dengan dua buah tanduk yang ada di keningnya, membuat penampilannya sangat aneh, sangat berbeza dengan dinosaur lain yang pernah ditemui. Diabloceratops dianggarkan sebagai dinosaur bertanduk yang primitif, kerana mempunyai beberapa persamaan anatomi dengan protoceratosids. Rahangnya sangat padat dan kuat, serta tanduk dan tubuhnya sangat kukuh, sehingga diperkirakan dinosaur ini menggunakannya untuk melawan predator yang mengancam mereka.

 

5. Einiosaurus

 

Fosil Einiosaurus ditemui pada tahun 1985, dan diberi nama pada tahun 1995.Namanya bererti “Kadal bison”. Walaupun sangat dekat dengan Styracisaurus, dia mempunyai pandangan yang berbeza. Dia hanya mempunyai dua tanduk yang panjang dan lurus di rumbai kepalanya, dan sebuah tanduk aneh, “pesek”, dan melengkung kedepan di atas hidungnya, sehingga kelihatan seperti pembuka botol. Walaupun tanduk di bahagian hidungnya tidak kelihatan sebagai senjata yang berkesan, tapi tanduk lurus yang ada di rumbainya mungkin digunakan untuk bertahan dari pelbagai karnifora,salah satunya mencegah serangan pada punggungnya. Seperti Pachyrhinosaurus,Einiosaurus diketahu hidup di habitat yang luas. Fosil dinosaur ini ditemui di kawasan Montana.

6. Styracosaurus

 

Walaupun dinosaur ini salah satu dinosaur klasik dan telah diketahui sejak tahun 1913,Styracosaurus telah menjadikan dirinya sebagai salah satu ceratposians yang hebat.Dia memiliki sebua tanduk yang panjang dan berbahaya di bahagian moncongnya, dan enam tanduk yang lain di bahagian rumbainya (sehingga ia digelarkan yang ertinyareptile berduri). Dinosaur ini terlihat sangat menakutkan, sehingga mungkin banyak predator yang tidak berani untuk secara langsung berhadapan dengan dinosaur ini.Dinosaur ini panjangnya sekitar 5.5 meter dengan berat sekitar 3 ton. Fosilnya ditemuidi Kanada.

7. Pentaceratops

Pentaceratops sering dikatakan mempunyai tulang tengkorak terbesar dari semua haiwan darat (walaupun meungkin Torosaurus dan Eotriceratops mampu menyainginya).Namanya bererti “Muka bertanduk lima”. Sebenarnya mungkin ada salah perhitungan dan anggaran, kerana kedua-dua tanduk yang ada, sebenarnya merupakan tulang epujugal (seperti duri yang timbul dari tulang berhampiran matanya) yang banyak dimiliki ceratopsians, tapi ukurannya sangat besar pada Pentaceratops ini. Rumbainya mempunyai dua lubang atau “fenestrae” yang dilapisi oleh kulit ketika masih hidup.

Para ahli Paleontology yakn bahawa kulit ini berwarna cerah dan digunakan untuk menakutkan pemangsa dan mencabar saingan dalam spesies yang sama. Bahkan ada yang berspelulasi bahawa mereka mampu menukar warna dan corak dari kulit ini seperti bunglon. Dinosaur ini ditemui di Mexico, dengan panjang 8 meter dan berat 5.5tan.!

8. Medusaceratops

Ceratopsian ini mempunyai bentuk tanduk melengkung yang aneh di bahagian rumbainya. Tanduk ini panjangnya sekitar 7 meter. Dinosaur ini sebelumnya dinamakan Albertaceratops, namun pada tahun 2010 namanya telah diganti dengan nama di atas.Medusaceratops bererti “wajah medusa bertanduk”, kerana tanduknya yang bengkok mirip dengan Medusa, tokoh wanita berambut ular dari mitologi Yunani kuno. Dinosaurini ditemui di Montana Amerika barat, dan diperkirakan hidup sekitar 77 juta tahun yang lalu.

9. Pachyrinosaurus

 

Namanya bererti “reptile berhidung tebal”, kerana selain memiliki tanduk yang dimiliki oleh kabanyakan ceratopsians, makhluk ini mempunyai tulang aneh yang tumbuh dibahagian depan, yang kelihatan seperti telah terpotong kerana sebuah pergaduhan.: D.Mereka juga memiliki tanduk dan duri di bahagian rumbainya dan mempunyai sebuah tanduk aneh yang berada di belakang matanya. Ukuran dan bentuk dari ornamen -ornamen itu berbeza – beza pada setiap individu, dan mungkin membantu mereka untukmengenal satu sama lain. Banyak fosil yang ditemui teridiri dari berpasang – pasang individu dengan satu individu muda dan dewasa. Ini menunjukan bahawa dinosaur ini hidup berkelompok. Haiwan ini berukuran cukup besar, panjangnya mencapai 8 meter dan beratnya sekitar 4 tan!

10. Eotriceratops

 

Eotriceratops ini dinamakan pada tahun 2007, yang bererti “Triceratops awal”, kerana serupa dengan Triceratops tapi hidup berjuta-juta tahun sebelumnya. Sejan Triceratops terkenal, paparan Eotriceratops (rumbai yang khas, dua buah tanduk di bahagian mata dan sebuah tanduk di bahagian hidung) menjadi sangat familiar. Tapi ada satu hal yang membuat dinosaur ini spesial, iaitu ukurannya!! Dia adalah ceratopsian terbesar yang pernah ada, berdasarkan penelitian para ahli paleontology, dilihat dari saiz tulang tengkoraknya yang sepanjang 3 meter dan sama beratnya dengan sebuah kereta,haiwan ini mungkin mempunyai panjang sekitar 9 – 10 meter dan beratnya melebihiTyranosaurus rex. Dinosaur ini hidup di Kanada 68 tahun yang lalu.

Posted on July 25, 2011, in Cerita, Gambar, Menarik dan Pelik, post and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: